Apa yang menghalang dari menyerahkan diri anda sepenuhnya kepada Jesus Christ, satu-satunya Tuhan yang mengorbankan diriNya untuk ANDA?
Adakah anda sudah bersedia untuk mati malam ini tanpa pengampunan dariNya? Jika tidak, anda sudah bersedia untuk terima Jesus sekarang. Tuhan menyayangi anda sepenuhnya manakala syaitan pula membenci anda sepenuhnya. Ia akan memberikan anda pelbagai sebab dan alasan untuk memastikan anda TIDAK memberikan hati dan kehidupan anda kepada Jesus. Disebabkan itu, Bible memanggilnya ‘bapa penipuan’.
Atau mungkin anda tidak bersedia untuk berhenti melakukan dosa. Tiada yang pelik. Kita semua mesti hidup untuk Jesus dari sehari ke sehari. Jika dosa yang anda gemari akan membuatkan anda jauh dari Tuhan dan syurga, adakah anda masih mahu melakukannya? Dan apa-apa dosa yang anda tidak lakukan akan diganti dengan kegembiraan dan ketenangan dalam hati anda. Saya janji.
Teruskan. Percayakan Tuhan dan tinggalkan alasan anda. Dia pasti akan membantu anda setiap hari.
Cuba fikir. Anda rasa Tuhan yang memiliki satu alam semesta ini hanya mampu menjawab 20 permintaan doa sehari? Adakah anda fikir anda perlu beratur atau perlu menstabilkan diri anda sebelum Tuhan mendengar permintaan anda?
Kitab Bible ada menyatakan bahawa Dia tidak mahu sesiapa pun untuk tidak memasuki syurga. Walaupun anda adalah satu-satunya pendosa, Dia akan kembali ke bumi untuk korbankan diri dan bangkit semula untuk memastikan anda diampunkan!
Dia akan menanti dengan sabar untuk anda mendekati Tuhan. Setiap pagi sebelum matahari terbit, Dia akan berbual dengan anda dan menunjukkan kehebatanNya. Jangan tunggu hari lain. Anda tidak tahu bilakah hari terakhir anda di dunia ini. Anda akan ke syurga hanya dengan kembali kepadaNya.
Jika anda mahu, anda boleh membaca I'm-Curious-to-Learn-More artikel.
Berapa banyakkah dosa anda? Adakah Tuhan akan meletakkan kita sebagai ‘pendosa jahat’ atau ‘pendosa baik'?
Menurut kitab Bible, kita SEMUA pernah berdosa dan kalau begitu, TIADA SESIAPA yang boleh memasuki syurga atau syurga tidak sempurna lagi. Tidak kira dosa kecil atau besar, kita semua tidak layak. Kita semua adalah pendosa.
Tapi Tuhan menyukai SETIAP dosa. Semasa Jesus dikorbankan di kayu salib, dua orang pembunuh juga disula bersamaNya. Seorang mencemuh Jesus namun seorang lagi memohon ampun dengan Jesus untuk memaafkannya. Dan Jesus mengatakan akan memaafkan.
Adakah melakukan perkara yang baik akan memasukkan anda ke syurga? Adakah anda yakin anda telah melakukan secukupnya perbuatan yang baik? Terdapat dua sebab kenapa pendekatan ini dikatakan bermasalah.
Salah satunya persoalan, berapa banyak perbuatan baik yang perlu saya lakukan untuk ke syurga? Bagaimana jika saya kekurangan satu perkara?
Kesukaran yang lain ialah, ‘jika saya boleh ke syurga dengan perbuatan baik, kenapa Jesus kembali ke dunia dan mengorbankan diriNya?’
Kitab Bible mengajar kita yang kita tidak perlu MEMPEROLEHI syurga…ia adalah ganjaran buat kita! Tapi saya perlu memperolehinya melalui keimanan.
Perbuatan baik sangat penting tapi tiada satu pun yang boleh menghapuskan dosa kita. Hanya Jesus dan pengorbanan diriNya saja yang boleh mengampunkan kita.
Sudah cukupkah alasannya? Tiba masanya untuk anda mendekati Tuhan dan memohon kepadaNya untuk menjaga anda. Pohon dengan Tuhan untuk mengampunkan dan menjadi Tuhan, Penyelamat dan tuan dalam kehidupan anda. Ia akan menjadi pilihan terbaik yang anda pernah lakukan.
Lawati artikel I'm-Curious-to-Learn-More article, dan boleh membaca doa yang akan mengubah kehidupan anda!