Saya menyerahkan kehidupan saya kepadaNya

TAHNIAH!

Saya sangat gembira anda berdoa kepada Jesus untuk menjadi raja di hati anda. Ini adalah permulaan baru yang menyeronokkan untuk anda. Saya tahu hal ini memerlukan kekuatan dan keyakinan tapi jangan risau kerana Tuhan mendengar doa anda.

Dan sejak anda menjemput Jesus untuk menjadi Tuhan anda, Dia pasti akan menunjukkan jalan, mendorong, memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada anda. Anda akan nampak tujuan hidup anda setelah anda menjadikan Dia sebagai panduan setiap hari. Langit kelihatan lebih terang dan rumput menghijau. Dan jika anda ada masalah, anda boleh memohon denganNya melalui doa.


JOM NILAI BAGAIMANA KITAB BIBLE MENGATAKAN KITA BOLEH TAHU KITA AKAN KE SYURGA

Saya menggelarnya ABC:

Akui kesemua kesalahan saya. Saya adalah pendosa. Dan Tuhan tidak akan benarkan sesiapa yang berdosa kecil masuk ke syurga atau jika tidak, ia bukan lagi syurga.

Percaya dengan yakinnya bahawa Jesus mengorbankan dirinya untuk dosa saya dan bangkit semula membuktikan dirinya adalah benar.

Mengakui dosa saya dan memohon keampunanNya. Bersedia untuk memalingkan muka dari melakukan dengan bantuan Tuhan. Mengakui bahawa Jesus adalah Tuhan dan Penyelamat saya… tuanku.

Anda tidak perlu menyucikan kehidupan anda sebelum anda mendekati Tuhan. Anda mesti hadirkan diri seperti apa yang ada. Dia tidak akan teruja dengan kebersihan atau kerja mulia kita kerana Dia tidak berdosa. Dia menjemput kita untuk diampunkan dan menjadi bebas!

Dan anda boleh berdoa seperti berikut:

“Wahai Jesus,

Aku akui aku telah melakukan banyak hal buruk dan aku adalah seorang pendosa. Ampunkan dosaku. Aku percaya Kau telah mengorbankan diri untukku dan bangkit semula. Aku mengakui dosaku padamu. Ampunkan aku dan berikan aku permulaan yang baru. Aku inginkan Engkau menjadi tuanku dan Tuhan di hatiku. Bantu aku untuk hidup demiMu. Aku bersyukur untuk cinta dan keampunan Kau. Aku berdoa atas nama Jesus… amen!”

Jika anda benar-benar berdoa dari hati, Tuhan pasti mendengar sekarang. Dia telah memaafkan setiap dosa yang anda lakukan. Tidak kira dosa kecil atau besar, semua akan dimaafkan. Dan sekarang anda akan ada permulaan yang baru… bermula dengan bersih!

DAN BERIKUT IALAH CARA UNTUK ANDA TERUS MENGEKALKAN RASA CINTA YANG KUKUH DAN KUAT TERHADAP TUHAN:

Baca kitab Bible dan berdoa setiap hari. Saya menggalakkan anda untuk mula membaca buku tentang Saint John. Ia akan menceritakan segalanya tentang Jesus dan sayangnya Dia kepada anda. Dan berdoa pula ialah cara anda berkomunikasi dengan Tuhan, berterima kasih atas segala kebaikan dalam kehidupan anda dan mohon daripadaNya kebijaksanaan dalam menghadapi hari yang sukar.

Hadir ke gereja yang percaya kitab Bible adalah benar dan berdakwah demi Jesus. Jika anda menghadapi masalah dalam pencarian ini, anda boleh e-mel saya dan saya pasti akan membantu. Berbaptis dengan air suci. Hati anda akan berada ditempatnya dan anda menjadi lebih komited. Gereja anda akan membantu anda. Penuhi hati anda dengan Roh Kudus. Mohon dengan Tuhan untuk penuhi diri anda dengan semangatNya dan memberikan kurniaanNya kepada anda. 5 bab pertama kitab ini akan membantu anda. Beritahu orang lain sebanyak mungkin tentang doa anda hari ini dan bagaimana Jesus memaafkan anda.

Sekarang, satu hal lagi. Adakah anda akan e-mel saya hari ini dan beritahu saya cara anda menjadikan Jesus sebagai raja di hati anda? Bagaimana hari-hari anda? Adakah anda mempunyai pelbagai persoalan yang saya boleh tolong? Bagaimana cara untuk saya berdoa untuk anda? Mungkin ini kali pertama anda lakukan ini atau mungkin anda sesat sebelum dan baru sahaja tiba di rumah. Apa-apa pun, saya ingin mendengar dari pihak anda.

www.needhim.org, www.oneminutewitness.org, dan www.oasisworldministries.org.




SUMBER

Features
Features
Features